Takrif peta minda

Definisi peta minda
Kelebihan peta minda
1)Mudah
mengingati mata pelajaran
Dengan menggunakan peta minda penulis
dapat mengingati mata pelajaran dengan lebih berkesan.Sebagai contoh,apabila
menjelang peperiksaan penulis akan lebih mudah untuk mengingati mata pelajaran
yang memerlukan penulis menghafal fakta-fakta penting.Hal ini demikian kerana otak
manusia mudah mengingati warna dan gambar yang menarik.
Menurut Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk “Superbrain”,Dilip menyatakan bahawa melalui pemetaan minda seseorang itu dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak ,mempertingkatkan daya ingatan tanpa perlu merugikan terlalu banyak kertas dan tenaga.

2)Mudah memahami mata pelajaran
Selalu
kita dengar bahawa cara mudah untuk mengingati sesuatu mata pelajaran adalah
dengan memahami mata pelajaran tersebut.Ramai antara pelajar yang belajar
berjam-jam lamanya dengan membaca,menulis,menghafal dan sebagainya,tetapi
sebenarnya mereka masih tidak memahami apa yang dipelajari ataupun hanya
memahami sedikit sahaja.
Justeru itu,di sini penulis ingin tekankan peta minda dapat membantu penulis untuk meningkatkan pemahaman terhadap sesuatu perincian mata pelajaran kerana ditulis dalam bentuk visual.Sehubungan dengan itu,Otak mudah memahami sesuatu apabila dipersembahkan dalam bentuk visual.

3)Dapat
melakarkan peta mengikut kreativiti sendiri
Peta minda mudah untuk dibina kerana
ia bergantung kepada kreativiti individu.Seterusnya, jika dibandingkan dengan
peta i-think ,peta minda lebih mudah dibina kerana dalam pembinaan peta I-THINK
penulis akan terikat kepada jenis-jenis peta I-THINK yang tidak dapat
mengembangkan kreativiti penulis.Sebagai contoh, jenis peta I-THINK seperti
peta bulatan,peta buih,buih berganda,peta dakap,peta titi ,peta alir dan peta
titi.
Justeru itu, dengan pengaplikasian peta minda penulis dapat melukis pelbagai bentuk yang bersesuaian dengan tajuk.Bagi memudahkan penulis untuk mengingati frasa penting ,penulis perlu menegaskan kata kunci dengan meletakkan warna yang berbeza dengan perkataan biasa.
Seterusnya, penulis dapat melakar peta minda semasa sesi pembelajaran kerana ia mudah untuk dibina dan apabila tamat sahaja sesi pembelajaran penulis dapat menambah lagi perkara-perkara penting daripada buku dan internet berdasarkan topik pembelajaran.Oleh itu pengaplikasian peta minda ini sangat membantu proses pembelajaran penulis kerana penulis dapat menambah informasi dengan mudah tanpa perlu bimbang mengenai reka bentuk peta tersebut.

4) Dapat menunjukkan perkaitanan antara topik utama,isi dan huraian.
Dengan pengaplikasian peta
minda,daripada satu peta minda asal,ia dapat berkembang menjadi satu peta lain
sekiranya satu point kecil menjadi satu topik utama.Oleh itu,penulis dapat
menyusun idea untuk membuat nota yang mudah difahami dan diingati.Sebagai
contoh,sebelum penulis ingin membuat esei,penulis dapat mengaplikasikan peta
minda untuk memastikan wujud perkaitanan antara isi utama dan huraian.
Malahan penulis dapat mengenal pasti fakta mana yang masih tidak terdapat dalam esei.Dengan cara ini penulis dapat melihat perkembangan esei yang dilaksanakan dengan lebih teliti.Sehubungan itu,idea penulis dalam esei tersebut akan kelihatan teratur dan fleksibel.

5) Dapat membantu meningkatkan konsentrasi penulis.
Pengaplikasian peta minda dapat
menambahkan kosentrasi penulis terhadap sesuatu mata pelajaran.Misalnya dengan
penggunaan peta minda penulis tidak akan berasa bosan untuk membaca nota.Hal
ini kerana penulis akan tertarik dengan bentuk dan warna pada peta minda
tersebut.Sekiranya penulis tidak mempraktikkan peta minda ini,berkemungkinan
penulis akan berasa bosan kerana membaca nota yang padat dengan perkataan tanpa
ada reka bentuk yang menarik.
6) Kaedah pembelajaran yang unik
Setiap individu memiliki cara
pembelajaran tersendiri.Ada yang gemar menggunakan teknik hafalan,ada yang
gemar belajar secara berkumpulan dan tidak kurang juga individu yang gemar
membuat nota dengan melakar peta minda seperti penulis sendiri.
Seterusnya,keunikkan peta minda juga dapat dilihat pada reka bentuknya.Sebagai contoh,topik utama sesuatu mata pelajaran perlu diletakkan di tengah.Hal ini adalah untuk menumpukan perhatian penulis .Disamping itu, warna untuk setiap subtopik juga perlu berlainan untuk menunjukkan perbezaan antara subtopik.
7)Dapat menikmati proses pembelajaran yang efektif
Menurut kajian, kaedah pembelajaran
menggunakan peta minda ini telah terbukti efektif bagi berjuta pelajar di
seluruh dunia selama 30 tahun.Hai ni jelas menunujukkan bahawa keberkesanan
pengaplikasian peta minda ini tidak dapat disangkal lagi.Seterusnya peta minda
ini bukan sahaja dapat mengembangkan idea malah membantu untuk mengurangkan
masa ulangkaji pelajaran.
Kekurangan peta
minda
Untuk membina peta minda yang menarik,memerlukan gambarajah yang bersesuaian dengan topik serta dilukis dengan tepat.Hal ini agak sukar untuk dilakukan oleh individu yang tiada bakat melukis.
Setiap
individu memiliki pemikiran yang berbeza mengenai Sesuatu perkara.Sebagai
contoh ,peta minda yang dilukis oleh individu a mungkin tidak difahami oleh
individu b kerana mungkin gambar rajah atau fakta yang ditulis berbeza.Mungkin
dari segi reka bentuk atau kata kunci tidak bersesuain dengan individu B.
· 1)Memerlukan masa yang lama untuk membuat peta
minda
Peta
minda memerlukan masa yang lama untuk dibina kerana untuk mewujudkan
perkaitanan antara subtopic peta minda ,kita perlu merancang sebuah reka bentuk
agar peta mida mudah dibaca dan difahami.Kegiatan reka bentuk peta minda ini
memakan masa yang lama.
· 2)Kata kunci yang pendek
Kata
kunci peta minda yang pendek dan ringkas mungkin akan menyebabkan fakta yang
panjang menjadi pendek.Hal ini akan menyebabkan pelajar tiada idea untuk
mengembangkan isi berkenaan dengan fakta semasa dalam peperiksaan disebabkan
mereka hanya memahami fakta semata-mata.
· 3)Memerlukan masa yang lama
Untuk membina peta minda yang menarik,memerlukan gambarajah yang bersesuaian dengan topik serta dilukis dengan tepat.Hal ini agak sukar untuk dilakukan oleh individu yang tiada bakat melukis.
· 4)Tidak dapat dikongsi dengan individu lain
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete